Puspa Wangi

Boss ammi dan minyak wangi memang tak boleh dipisahkan.

Apa kena mengena tajuk?  Entah tiba-tiba teringat Pushparani (kawan masa kecik..dimanakah dia agaknya)?

Kalau masa dia muda-muda kat office lama dulu lagilah. Dia baru sampai kat pintu je secretary lain dah tau..."ha boss u dah masuk".

Sekarang umur dia dah nak masuk 40 dah kurang sikit tahap berminyak wangi dia..tapi dia suka wangi-wangian dalam office.

Sana-sini ada pewangi


Ini kat tepi side cabinet dia


Ni dalam toilet boss ammi.

Jarang-jarang ammi masuk toilet dia sebab takde keperluan.  Biasanya kakak cleaner yang masuk untuk cuci.  Ni masuk sebab nak ambik gambar.

Sekali ammi tengok apsal bunga acah-acah ni tunduk menyembah sinki.  Kesian...bunga pelesu pun mati.


Ni dalam toilet ammi.  Haaa tengok elok je keatas putik bunga tu.

Yang ammi punya kalini dia beli "SeaSalt".. bau macam tengah rendam teh dalam bilik air.  Hahhahaha..

Pendek kata kalau korang datang office ammi, confirm takde bau ketiak.  Bau wongiiiiii je.

Mujur hati dan badan boss sama wangi (eh ammi tak cium dia..tak baik korang pikir bukan-bukan)...tapi logiclah kan kalau dah wangian sana-sini takkan bau ketiak lak kan.

Kalau badan bau wangi, hati bau tahik naya ammi.


9 comments:

  1. Wah bestnya.. Wangi wangi ni penting. Terapi juga. Tenang jiwa nak buat kerja kan kak.

    ReplyDelete
  2. Ayat akhir tu tak menahan! hahaha

    ReplyDelete
  3. wangi2 la best.. segar kepala masuk office.. hihi

    ReplyDelete
  4. Dalam bilik air letak pewangi mesti wangi, ala-ala spa gitu..

    ReplyDelete
  5. Wah bestnya ammi..kalau shida pn suka berwangian ditempat keje..tenang!

    ReplyDelete
  6. Seronoknya kerja dalam wangi wangian je. Suka suka. Baru seronok buat kerja. Pewangi ni pun terapi untuk kita. Tudiaa bunga pelesu pun boleh jadi gitu ye. Untung dapat bos macam ni, hati pun wangi.

    ReplyDelete
  7. Seronok masuk toilet dapat bau bau wangi rasa nak membuang pun ada mood hahah

    ReplyDelete